Rabu, 22 Januari 2014

Wanita laksana Bunga

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita
yang solehah." (HR Muslim)
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan
mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan
manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
karena akhlaq wanita ibarat bunga diri.. Tiada guna
berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga
berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi
busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan
baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang
tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila
dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi
nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di
tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di
pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah
kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Karena itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang
bersemangat.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang
menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai
ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan
menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya
kepada-Nya.

Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang
artinya,
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman
maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai
peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan
malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan
wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas dan kewajiban yang
berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun,
tujuan hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama,
iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah
berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman
maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa : 124)

Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana
sabdanya: "Mereka yang paling sempurna di kalangan
mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak
yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah
yang paling baik terhadap isterinya." (HR At-Tirmidzi)


Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita
diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana
dalam sabdanya: "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita
lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang
bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika
kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan
Muslim

Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa
yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita
bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol,
berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya,
tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan
keterbatasan dalam pergaulan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar